Lubnan sahkan ia menerima surat daripada Diplomat Amerika Syarikat Amos Hochstein yang mengandungi tawaran mengenai perjanjian sempadan maritim dengan Israel dan berupaya menyelesaikan tuntutan persaingan terhadap rantau gas luar pesisir.<br /><br />Pegawai di pejabat Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri Najib Mikati bertemu Duta Amerika ke Lubnan Dorothy Shea yang menyampaikan tawaran bertulis daripada pengantara Washington.
